Penerangan telah diberi tapi masih lagi kabur di ingatan
Hati kecil berbisik adakah benar ia pernah berlaku
Dahi luas berkerut cuba untuk meneliti setiap kebarangkalian
Jantung berdegup pantas andai sebuah hati telah dipermainkan
Tanpa sedar ia terjadi
Atau mungkin kerana pahaman berbeda
Tapi dia yakin dan pasti
Dan kerna itu aku mohon ampun tentang segalanya
Sumpah aku tidak sedar
Sumpah aku tidak ingat
Sumpah aku tidak sengaja
Sumpah aku mohon maaf untuk segalanya
Bonda HZ
maqmshz.blogspot.com



