Sedar tak sedar sudah 9 minggu. Alhamdulillah sebab tak ada sebarang masalah yang menduga.
Sedar tak sedar jugak, perut sudah makin kelihatan.
Dan sedar tak sedar jugak, seluar dan baju semuanya dah tak muat.
Banyak lagi persiapan yang perlu difikirkan.
Teruja.
Itu sahaja yang mampu diucapkan.
Teruja untuk menghadapi saat perut yang makin membulat
Teruja untuk membeli baju ibu mengandung
Teruja untuk membeli pakaian bakal anakanda ini
Teruja untuk menghias bilik baby
Teruja untuk memilih hospital bersalin. HAHA
Tapi dalam masa yang sama ada resahnye
Sebab aku terlalu banyak TIDAK daripada YA
TIDAK mkn sayur
TIDAK minum susu
TIDAK suka organ binatang
TIDAK suka ubat-ubatan
TIDAK mcm-mcm lagi
Jadi kadang-kadang terfikir, mcm mn keadaan kandungan ini ye?
Sayang selalu pesan :
" Buat demi kandungan dalam perut tu. Bby boleh buat"
Dan aku hanya tersenyum. Sebab aku tahu aku takkan mkn sayur, minum susu, makan organ apatah lagi. HAHA.
Dan sekarang aku cuba dapatkan kalsium dari Si Ikan Bilis Goreng. (mudah-mudahan cukup lah kalsium)
Saat paling manis ketika ini :
1. Layanan bak puteri raja
2. Setiap kali sayang pergi kerja, akan singgah satu kucupan di perut. Khas untuk bakal anakanda kami.
Saat-saat ini yang perlu diingati. Saat-saat aku mabuk sampai tak larat nak menjaga hal rumah, makan dan minum sayang.
Syukur sayang memahami.
Syukur juga apabila kadang-kadang Tuhan memberi kekuatan untuk aku melawan kesemua alahan itu.
I Love You Both my Sayangs :)
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com




0 Idea:
Post a Comment