Pabila memori dikenang kembali.
Yang manis mahupun yang pahit.
Ianya akan membuatkan kita berfikir sejenak.
Berfikir tentang betapa indahnya ia.
Berfikir tentang hikmah disebaliknya.
Mungkin dulu kita pernah terleka.
Sehingga tersalah percaturannya.
Sehingga menyebabkan rasa kesal tertusuk di jiwa.
Tetapi pabila satu hari ianya muncul kembali, memori itu kembali bersinar seperti suatu masa dahulu.
Dan akhirnya kita tahu.
Bahawasanya memori itu tidak pernah lupus dek waktu.
Bahkan ianya lebih menyinar bak bulan dan bintang di langit biru.
Dan ianya akan mampu melakarkan senyuman paling indah diwajahmu.
Percayalah.
Percayalah.
Dan percayalah.
Bahawa ia akan terus bersinar dan tidak akan luput dek waktu.
Walaupun arah tuju kita tidak lagi sehaluan ketika itu.
#Coretanhatisaya#
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com





0 Idea:
Post a Comment