Tentang Hari Malaysia. Apa yang menarik? Bukanlah tentang sambutan Hari Malaysia itu. Bukanlah cuti double yang diperoleh. Tapi kerana jatuhnya Ulang Tahun Pertama MAQMSHZ :)
Setahun berlalu, pelbagai rintangan dan cabaran. Pegangan aku, genggam bara api biar sampai jadi abu. Jangan mengalah untuk sesuatu yang kita sudah kecapi sejak sekian lamanya.
Sejak pertemuan di tahun 2006, ada banyak kenangan yang terselit. Yang manis dan yang pahit. Dalam banyak tahun, tahun ini yang paling bermakna. Kerana dua hati menjadi satu dengan ikatan yang sah untuk diraikan bersama.
Untuk hari istimewa ini, pelbagai idea datang untuk meraikan ikatan ini. Seminggu untuk bertindak dan merealisasikannya.
Pernah bayangkan apa yang akan berlaku di hari ulang tahun anda? Pernah terfikir bagaimana si dia ingin ucapkan "Selamat ulang tahun sayang"? Semuanya bermain di fikiran. Rasa berdebar kerana terlalu teruja. Orang kata, biarlah ringkas sambutannya tetapi nilai sentimental itu tinggi.
Pagi indah itu, dirai dengan secawan milo sebelum si suami melapor diri di tempat kerja. Tangan dihulur, kucupan diberi lalu si suami berbisik di telinga kanan, "Baby, Selamat ulang tahun yang pertama.". Automatik senyuman terukir di bibir. Terkejut kerana dia yang terlebih dahulu mengucapkannya. Terima kasih sayang sebab tidak lupa :)
Pulangnya si suami ke rumah, hadiah dan kad sudah tersedia di tempat beradu dan kami meraikan hari indah itu di tempat yang menyimpan banyak kenangan kami, Teluk Cempedak.
Semoga ikatan ini kekal abadi hingga ajal sahaja yang mampu memutuskannya.
Another year and I still want to kiss you all over :)
I LOVE YOU SAYANG. Always and forever.
Oh btw, ni gambar our b-girl Jr. :)
![]() |
| She's smiling while we watching her on the tv |
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com





0 Idea:
Post a Comment