Entry kali ni mungkin melibatkan perasaan sedikit. Bagi sesiapa sahaja yang pernah bercinta, berkahwin atau yang sudah bercerai, putus cinta dan sebagainya.
(semua ni melibatkan perasaaan kan)
Pernah tak anda mengalami situasi di mana pasangan anda, tak kesahlah si BF atau GF, si SUAMI atau ISTERI melakukan perkara seperti ini :
1- Sudah bercinta atau berkahwin untuk sekian lama tetapi masih menjalinkan hubungan dengan org lain
2. Si dia katekan bahawa kamu lah yang terbaik tapi dalam masa yang sama di dia bermain mata dgn org lain (org awam) walaupun kamu bersamanya ketika itu
3. Si dia katekan bahawa tanpa kamu dia tidak boleh bernafas tapi dalam kita tak tahu dia sering berhubung dgn org lain hanya semata-mata untuk menghilangkan rasa bosan
4. Si dia katekan akan berlaku jujur sejujurnya tapi dalam masa yang sama si dia menipu dlm beberapa perkara hanya dengan alasan tidak mahu panjangkan hal tersebut
5. Si dia katekan dia sayang dan cinta kamu tapi dalam masa yang sama dia tidak ambil tahu akan perasaan kamu
6. Si dia katekan kamulah segalanya tapi apabila muncul masalah dgn kehadiran org ketiga, dia tidak mahu buat apa sahaja yang mampu memuaskan hati kamu demi menyelesaikan masalah tersebut
7. Si dia katekan mahu berikan yang terbaik buat kamu tapi hakikatnya dia tidak tahu akan perasaan kamu yang sebenar dek kerana dia hanya mementingkan fikirannya sahaja (apa shj yg difikirkan oleh nya semua dianggap betul..padahal tidak)
8. Si dia pernah diberi peluang kedua dan berjanji untuk setia tapi masih mengulangi kesilapan yang sama kelak
dan banyak lagi kut (tak terfikir dah ape lg yg boleh terjadi)
Jadi, kebiasaannya apabila wujudnya manusia seperti ini, aku pasti kamu akan buat antara perkara berikut :
1. Mengalah
2. Beri peluang kedua
Pada pendapat aku, peluang kedua memang berpatutan, tetapi tidak ada lagi istilah PELUANG KETIGA dan seterusnya.
Sekiranya kamu mahu memperjuangkan hak kamu sebagai seorang kekasih atau teman hidup, perjuangkanlah ketika peluang kedua itu. dan sekiranya peluang tersebut masih disia-siakan oleh si dia, ambil lah sedikit masa untuk berfikir sejenak dan imbau kembali apa yang kamu rasakan terbaik buat dirimu.
Mungkin kamu akan teruskan hubungan tersebut ATAU mungkin kamu akan akhiri hubungan tersebut.
Ini melibatkan perasaan.
Seharusnya manusia seperti di atas sedar akan konsep bercinta atau berumahtangga. sekiranya kamu tidak mahu komited, jadi mengapa membebankan diri dengan melibatkan orang lain yang tidak bersalah dalam hal ini.
Fikir dan renungkan.
Apa itu cinta sejati ?
Bagi aku, cukuplah sekadar seorang insan istimewa diletakkan di dalam hati ini. Kerana dialah teman hidup, kawan baik dan juga peneman untuk segala jenis situasi.
Tidak perlu insan kedua untuk menceriakan hari yang suram dan menyerikan hari yang kusam.
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com






0 Idea:
Post a Comment