Ujian dari Illahi. Kandungannya mengalami masalah. Memang berat dugaan ini. Berat bahu memikul berat lagi mata memandang. Kebetulan aku pun mengandung jadi perasaan itu dapat digambarkan.
Dan semalam aku mendapat berita yang pilu daripadanya. Kandungannya sudah tiada. Sudah pergi menghadap Illahi. Ya pasti tempatnya adalah syurga. Tetapi ibu mana yang tidak retak hatinya? Bersabarlah wahai hati. Mungkin ini yang terbaik buat bakal anakmu itu. Dan mungkin selepas ini lebih banyak rezeki yang mendatang.
Mendengar kepada ceritanya, seperti sukar untuk percaya hal seperti itu boleh terjadi dalam sekelip mata. Ini semua dugaan. Ujian yang berat tapi mungkin akan diganti dengan sesuatu yang lebih indah kelak.
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com




0 Idea:
Post a Comment