Hari ini kau sudah berusia 3 bulan 1 minggu 1 hari :)
Bagaimana keadaanmu di dalam sana?
Bonda harap kau teguh dan cekal.
Sejak kebelakangan ini, bonda melihatkan perut ini seperti tidak tetap bentuknya
Ada harinya ia membulat dan ada harinya ia mengempis
Kadang-kadang bonda terfikir akan keadaanmu
Adakah kau masih di situ?
Tiap kali bonda ke klinik..dan tiap kali misi mengatakan masih tidak dapat merasakan bentuk mu..bonda jadi khuatir
Tapi bonda percaya kau masih di situ :)
Walaupun bonda tidak berusaha untuk memberi khasiat susu dan apa sahaja perkara lain yang diperlukan untukmu..tidak bermakna bonda tidak peduli tentangmu
Bonda janji akan mencari ikhtiar lain dan menjagamu seperti menatang minyak yang penuh
Semalam bonda terfikirkan sesuatu
Tentang namamu
Mungkin bonda mahu menggunakan pangkal ADINDA sekiranya kau adalah seorang perempuan dan pangkal KEKANDA sekiranya kau adalah seorang lelaki
Sungguh klasik bukan?
Dan ibumu adalah BONDA
Dan ayahmu adalah AYAHANDA
Kami menantikan saat indah itu :)
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com




0 Idea:
Post a Comment