Tanpamu..siapalah kami !
Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan.
Halalkan segala ilmu tersebut dan kerana itu, kami berada di puncak kini.
Itulah ayat yang selalu berkumandang pabila tibanya tarikh 16hb Mei setiap tahun.
Setelah hampir 3 tahun bergelar pendidik, pelbagai cabaran telah dilalui.
Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar.
Begitulah adat resamnnya di dalam kisah menimba ilmu.
~ Terima kasih di atas semua ucapan yang diberikan ~
Ada yang rajin ada yang malas
Ada yang mahu berusaha dan ada yang tidak
Ada yang sudah punya impian dan ada yang masih kabur tujuannya ke sekolah
Bukan sahaja yang muda malah yang tua
Juga mempunyai sikap yang sama
Pokoknya, diri sendiri yang perlu tetapkan apa yang ingin dicapaiKepada semua guru-guru, para pensyarah DLL
Semoga berjaya mengharungi cabaran dalam mendidik anak bangsa
Berbanggalah dengan dirimu wahai guru
Kerana kamu telah berbakti kepada negara
Kepada semua pelajar
Berusahalah ke arah kecemerlangan diri
Janganlah berputus asa dek kerana sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kelak
SELAMAT HARI GURU
Angah HZ
maqmshz.blogspot.com





0 Idea:
Post a Comment